News & Events

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Syawal kian tiba, membawa kita kembali kepada fitrah, menyucikan hati dan mengeratkan silaturahim. Dalam kegembiraan ini, jangan dilupa jasa ibu dan ayah, hargailah mereka selagi masih ada, kerana doa dan restu mereka sumber keberkatan hidup.

Semoga Aidilfitri ini membawa seribu satu rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan buat kita semua.

Salam Lebaran 1447H.

Maaf Zahir dan Batin.

๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐‹๐Ž๐†๐Ž ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐”๐‹๐€๐๐†๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐ŸŽ ๐…๐ˆ๐‚ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐€๐“๐„๐ƒ ๐๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐“๐˜ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

Logo ini telah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Khadijah Mohamad Radzi dan direka khas sebagai simbol pencapaian sedekad perjalanan FIC Integrated Property Management Sdn. Bhd. (FIC IPM) sejak penubuhannya pada 11 Mei 2016 sehingga kini. Reka bentuk keseluruhan ini menonjolkan imej kematangan organisasi yang semakin kukuh, di samping mencerminkan kestabilan serta komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan Perunding Pengurusan Projek (PMC) serta pengurusan hartanah dan fasiliti profesional yang diyakini.

Penempatan logo rasmi FIC IPM dalam komposisi reka bentuk ini berperanan sebagai teras dan pusat kejayaan organisasi serta menjadi nadi utama yang memacu setiap pencapaian serta memperkukuhkan lagi identiti korporat organisasi. Elemen tersebut melambangkan bahawa setiap pencapaian dan kejayaan yang diraih sepanjang tempoh sedekad ini berteraskan nilai-nilai profesionalisme, integriti serta kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada FELDA dan pihak berkepentingan.

Secara keseluruhannya, logo ini bukan sahaja menjadi lambang penghargaan terhadap perjalanan sedekad kecemerlangan FIC IPM, malah turut mencerminkan aspirasi organisasi untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih progresif. Ia juga turut menggambarkan tekad dan komitmen berterusan organisasi bagi memperkukuh kedudukan dalam menyediakan perkhidmatan Perunding Pengurusan Projek (PMC), pengurusan hartanah dan fasiliti yang profesional, berdaya saing serta relevan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Dalam keindahan Syawal yang bakal menjelma, marilah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa syukur, keinsafan dan kegembiraan setelah sebulan menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga Aidilfitri kali ini menjadi medan untuk kita mengeratkan ukhuwah dan silaturahim serta saling bermaafan sesama insan. Dalam kesibukan mengatur langkah untuk pulang ke desa tercinta, hargailah setiap detik bersama keluarga dan insan tersayang.

Pulanglah ke kampung halaman selagi peluang masih terbuka, kerana setiap pertemuan itu adalah nikmat yang tidak ternilai. Bagi yang sedang dalam perjalanan menuju yang tersayang, pandulah dengan cermat, patuhi peraturan jalan raya serta utamakan keselamatan agar perjalanan anda sentiasa dilindungi dan diberkati.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—™๐—œ๐—– ๐—œ๐—ฃ๐— 

Baru-baru ini, satu mesyuarat bersama Pengarah Wilayah Sahabat telah diadakan pada 2 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Semai Bakti, FELDA Wilayah Sahabat. Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan strategik bagi memperkukuh kerjasama serta menyelaras hala tuju organisasi secara lebih tersusun.

Perbincangan ini juga memberi penekanan kepada status semasa pelaksanaan, dan tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan operasi di Sabah. Setiap perkara dibincangkan secara terbuka dan memastikan perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan sepanjang tahun ini.

 

Diharapkan hasil mesyuarat ini dapat memperkukuhkan hubungan kerja serta menyokong usaha berterusan ke arah pencapaian objektif yang telah ditetapkan dalam mesyuarat tersebut. Komitmen dan kerjasama FELDA dan FIC IPM amat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat bersama, khususnya kepada warga peneroka FELDA.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor yang berpengalaman, berkelayakan, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) atau Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan & Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) di bawah Gred, Kategori dan Pengkhususan seperti yang dinyatakan. Pendaftaran tersebut hendaklah masih sah dan berkuat kuasa, serta tidak dikenakan sebarang sekatan sepanjang tempoh tender ini. Kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini boleh mendapatkan Borang Tender dengan menghantar emel kepada Jabatan Perolehan, procurement.ficipm@fic.net.my dan lampirkan profil syarikat, sijil SSM dan PMS atau boleh berhubung terus dengan pegawai Perolehan di talian 03 โ€“ 2617 5122 / 03 – 2617 5091.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor yang berpengalaman, berkelayakan, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) di bawah Gred, Kategori dan Pengkhususan seperti yang dinyatakan. Kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini boleh mendapatkan Borang Tender dengan menghantar emel kepada Jabatan Perolehan, procurement.ficipm@fic.net.my dan lampirkan profil syarikat, sijil SSM dan PMS atau boleh berhubung terus dengan pegawai Perolehan di talian 03 โ€“ 2617 5122 / 03 – 2617 5091.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tender ditawarkan kepada Kontraktor yang berpengalaman, berkelayakan, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) di bawah gred, kategori dan pengkhususan dalam kod bidang yang dinyatakan. Kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini boleh mendapatkan Borang Tender dengan menghantar emel kepada Jabatan Perolehan, procurement.ficipm@fic.net.my dan lampirkan profil syarikat, sijil SSM dan PMS atau boleh berhubung terus dengan pegawai Perolehan di talian 03 โ€“ 2617 5122 / 03 – 2617 5091.

BERSAMA MELANGKAH MENCIPTA SEJARAH. PENGURUSAN FIC IPM BERAKSI!

SEMANGAT YANG TAK PERNAH PUDAR. SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN DIPERMUDAHKAN ALLAH.

SESI BERSAMA GCEO FIC

SERUMPUN BAK SERAI, SESUSUN BAK SIREH

APA KATA DEME ORANG MEMPAGA?

โ€œ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ & ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง!โ€

69 Tahun FELDA. Dari Mimpi ke Realiti.

Setiap langkah peneroka adalah cerita perjuangan.
Setiap tanah yang dibuka, menumbuhkan harapan.
FELDA bukan sekadar nama. Ia adalah jiwa desa yang mendunia.

#SegalanyaFELDA
#MacamDuluDulu
#HPF2025
#HariPenerokaFELDA
#69TahunKebanggaan
#DesakuMendunia

Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA). Sebarang penjelasan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perolehan di talian 03-2617 5122/ 5000.

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih di atas jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah FIC IPM. Semoga terus maju jaya dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Sekalung Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FIC IPM

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—– ๐—œ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Setinggi-tinggi Tahniah

Seluruh warga FIC IPM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBrs. Ts. Mohd Fadzil Mohd Idrisdi atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, FIC Integrated Property Management Sdn Bhd, berkuatkuasa mulai 1 September 2022.  ...

Pameran FELTECH

PAMERAN FELTECH 2022 -HARI TEKNOLOGI FELDA     .  

Pelancaran SPMS

ย Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Ladang Pintar (SPMS) sempena HARI TEKNOLOGI FELDA 2022 (FELTECH) telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abd Halim Majid, Ahli Lembaga Pengarah FELDA, dan Pengerusi Jawatankuasa...

Kompleks Al Ammar

Pusat Tahfiz Al- Ammar dan Program Hafazan Bersepadu Sekolah Antarabangsa ialah sekolah agama tajaan penuh Yayasan Al-Ammar untuk Anak Yatim dan Asnaf. Sekolah agama Tahfiz menerima pelajar berumur 13 hingga 17 tahun. Kemudahan seperti asrama, kemudahan pelajar dan...

Lawatan ke Kilang Pemprosesan

Lawatan ke Loji Pemprosesan dan Pembotolan Air Mineral Beroksigen Bubble O2 yang pertama di Malaysia. Dalam lawatan itu, tetamu dibawa melihat bagaimana pemprosesan dan pengeluaran air mineral dilakukan. Satu proses yang teliti untuk menghasilkan produk berkualiti...

MoU IPM & Bubbles O2

Sesi menandatangani Memorandum Eksplorasi Perniagaan antara FIC IPM dan Bubbles O2 Sdn Bhd telah ditandatangani pada 29 Mac 2022 di Rantau, Negeri Sembilan. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi FIC IPM, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris bersama...

Sesi di FELDA Umas & Kalabakan

Sesi Ketua Pegawai Operasi & Kakitangan HQ Bersama Kakitangan FIC IPM di FELDA Umas & Kalabakan, Sabah.       .  

Kunjungan Hormat FELDA & FIC IPM

Sesi Kunjungan Hormat FELDA & FIC IPM Bersama Timbalan Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Tuan Mohamed Hizam Abdul Kadir.       .  

Perjanjian FELDA & Encorp

Sesi perjanjian usahasama antara FELDA dan Encorp bagi projek di FELDA Chuping, Perlis. Perjanjian ini juga disaksikan oleh Pengerusi FELDA iaitu YB. Dato Seri Idris Jusoh serta Pengarah Besar FELDA YBrs Datoโ€™ Amiruddin Abdul Satar. Majlis ini dijalankan di Menara...

Sesi Induksi WBL Student

Program Induksi Bersama 25 Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Program 'Work-Based Learning' (WBL). Program ini merupakan kerjasama antara FIC IPM dan UTHM bagi memberi peluang kepada 25 pelajar ini menjalani latihan industri di FIC IPM. Mereka...

Perjumpaan bersama RTM Tawau

Perjumpaan Encik Wahid Bayani wakil dari FIC IPM Umas, Sabah bersama Puan Aisyah, Jurutera Penyiaran dari RTM Tawau bagi membincangkan kutipan Bil Utiliti.    

Lawatan Tapak Hasil Bumi

Sesi lawatan tapak Hasil Bumi ke ladang FGV FELDA di FELDA Tenggaroh 13, Johor bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Aset FELDA, Encik Norazmel, Penolong Pengarah FELDA, Encik Mohd Khairulazam, dan wakil FIC IPM. Kunjungan tersebut bagi melihat potensi hasil di kawasan...

Sesi Ramah Mesra bersama BERNAMA

Kunjungan hormat Ketua Pegawai Operasi FIC IPM, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris bertemu Pengerusi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan juga Presiden OKU Sentral YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi di pejabatnya di pejabat BERNAMA Kuala Lumpur. Dalam kunjungan hormat...

Taklimat dan Dialog Jenayah Rasuah

15 Mac 2022, Taklimat dan Dialog Jenayah Rasuah & Pelanggaran Tatatertib Pegawai FELDA telah dianjurkan oleh Jabatan Integriti FELDA di Dewan Semai Bakti, Kompleks FELDA Umas, Tawau, Sabah. Turut hadir pada taklimat tersebut ialah kakitangan FIC IPM di FELDA Umas...

Bengkel & Prosedur Penyelarasan

Bengkel dan Prosedur Kerja Penyelarasan FELDA dan FIC IPM telah diadakan di Hotel Royal Chulan, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Mac 2022. Bengkel ini bertujuan untuk menyatukan, mengukuhkan dan menambah baik prestasi organisasi antara FELDA dan FIC IPM. FIC IPM juga...

Lawatan ke PGBF Papan Timur

Pada 8 Mac 2022, Pengerusi FELDA, Dato' Seri Idris Jusoh telah mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di Papan Timur, Kota Tinggi, Johor. Lawatan kerja tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Aset, Encik Mohd Ridzuan Mohd Noor, wakil...

Kunjungan Hormat

Pejabat FIC IPM Wilayah Sahabat, telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Perhubungan Luar dan Industri, Encik Malik dan Encik Azman dari Kolej Vokasional Tawau, Sabah pada 3 Mac 2022. Pada sesi lawatan tersebut, telah diadakan perbincangan awal mengenai...

COMPANY LOCATION

FIC Integrated Property Management Sdn Bhd (Company Reg. No: 201601016192)

Level 2 & 6, Balai Felda

Jalan Gurney 1

54000 Kuala Lumpur

Malaysia

CONTACT US

+603-2617 5000

+603-2617 5198

corporate.ficipm@fic.net.my

FIC Integrated Property Management Sdn Bhd ยฉ 2023.ย Web Design Malaysiaย by DINNO Marketing.