Pada 8 Mac 2022, Pengerusi FELDA, Dato’ Seri Idris Jusoh telah mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di Papan Timur, Kota Tinggi, Johor. Lawatan kerja tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Aset, Encik Mohd Ridzuan Mohd Noor, wakil Pengurus Projek FIC IPM Encik Syamsul Amri dan penduduk sekitar FELDA Papan Timur.
Lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat masalah dan perkara yang timbul berkaitan projek yang sedang dijalankan. Beliau berharap projek ini dapat diteruskan dan disiapkan segera bagi memberi keselesaan kepada peneroka FELDA di Wilayah tersebut.
.