15 Mac 2022, Taklimat dan Dialog Jenayah Rasuah & Pelanggaran Tatatertib Pegawai FELDA telah dianjurkan oleh Jabatan Integriti FELDA di Dewan Semai Bakti, Kompleks FELDA Umas, Tawau, Sabah. Turut hadir pada taklimat tersebut ialah kakitangan FIC IPM di FELDA Umas dan wakil dari Jabatan Inspektorat FIC IPM, Encik Suhaimi Salleh.
Taklimat telah disampaikan oleh En Mohamad Fauzi Husin, TPj selaku Pengarah Jabatan Integriti FELDA. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menyebarkan kesedaran dan memupuk semangat jujur dan amanah dalam bekerja serta menitikberatkan perbuatan yang akan diambil sekiranya berlaku salah laku pekerja dalam menjalankan kerja.
.