Pejabat FIC IPM Wilayah Sahabat, telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Perhubungan Luar dan Industri, Encik Malik dan Encik Azman dari Kolej Vokasional Tawau, Sabah pada 3 Mac 2022.

Pada sesi lawatan tersebut, telah diadakan perbincangan awal mengenai kerjasama antara FIC IPM Wilayah Sahabat dan Kolej Vokasional Tawau berkaitan permohonan dan pencarian tempat pelajar dalam industri berkaitan (program internship).