News & Events
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
Semoga Aidilfitri ini membawa seribu satu rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan buat kita semua.
Maaf Zahir dan Batin.
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟏𝟎 𝐅𝐈𝐂 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐓𝐄𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐓𝐘 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
Logo ini telah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Khadijah Mohamad Radzi dan direka khas sebagai simbol pencapaian sedekad perjalanan FIC Integrated Property Management Sdn. Bhd. (FIC IPM) sejak penubuhannya pada 11 Mei 2016 sehingga kini. Reka bentuk keseluruhan ini menonjolkan imej kematangan organisasi yang semakin kukuh, di samping mencerminkan kestabilan serta komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan Perunding Pengurusan Projek (PMC) serta pengurusan hartanah dan fasiliti profesional yang diyakini.
Penempatan logo rasmi FIC IPM dalam komposisi reka bentuk ini berperanan sebagai teras dan pusat kejayaan organisasi serta menjadi nadi utama yang memacu setiap pencapaian serta memperkukuhkan lagi identiti korporat organisasi. Elemen tersebut melambangkan bahawa setiap pencapaian dan kejayaan yang diraih sepanjang tempoh sedekad ini berteraskan nilai-nilai profesionalisme, integriti serta kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada FELDA dan pihak berkepentingan.
Secara keseluruhannya, logo ini bukan sahaja menjadi lambang penghargaan terhadap perjalanan sedekad kecemerlangan FIC IPM, malah turut mencerminkan aspirasi organisasi untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih progresif. Ia juga turut menggambarkan tekad dan komitmen berterusan organisasi bagi memperkukuh kedudukan dalam menyediakan perkhidmatan Perunding Pengurusan Projek (PMC), pengurusan hartanah dan fasiliti yang profesional, berdaya saing serta relevan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
Semoga Aidilfitri kali ini menjadi medan untuk kita mengeratkan ukhuwah dan silaturahim serta saling bermaafan sesama insan. Dalam kesibukan mengatur langkah untuk pulang ke desa tercinta, hargailah setiap detik bersama keluarga dan insan tersayang.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua.
Maaf Zahir dan Batin.
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗙𝗜𝗖 𝗜𝗣𝗠
Baru-baru ini, satu mesyuarat bersama Pengarah Wilayah Sahabat telah diadakan pada 2 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Semai Bakti, FELDA Wilayah Sahabat. Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan strategik bagi memperkukuh kerjasama serta menyelaras hala tuju organisasi secara lebih tersusun.
Perbincangan ini juga memberi penekanan kepada status semasa pelaksanaan, dan tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan operasi di Sabah. Setiap perkara dibincangkan secara terbuka dan memastikan perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan sepanjang tahun ini.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor yang berpengalaman, berkelayakan, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) di bawah Gred, Kategori dan Pengkhususan seperti yang dinyatakan. Kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini boleh mendapatkan Borang Tender dengan menghantar emel kepada Jabatan Perolehan, procurement.ficipm@fic.net.my dan lampirkan profil syarikat, sijil SSM dan PMS atau boleh berhubung terus dengan pegawai Perolehan di talian 03 – 2617 5122 / 03 – 2617 5091.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
BERSAMA MELANGKAH MENCIPTA SEJARAH. PENGURUSAN FIC IPM BERAKSI!
SEMANGAT YANG TAK PERNAH PUDAR. SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN DIPERMUDAHKAN ALLAH.
SESI BERSAMA GCEO FIC
SERUMPUN BAK SERAI, SESUSUN BAK SIREH
APA KATA DEME ORANG MEMPAGA?
“𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞-𝟔𝟗 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧!”
69 Tahun FELDA. Dari Mimpi ke Realiti.
Setiap langkah peneroka adalah cerita perjuangan.
Setiap tanah yang dibuka, menumbuhkan harapan.
FELDA bukan sekadar nama. Ia adalah jiwa desa yang mendunia.
#SegalanyaFELDA
#MacamDuluDulu
#HPF2025
#HariPenerokaFELDA
#69TahunKebanggaan
#DesakuMendunia
Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA). Sebarang penjelasan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perolehan di talian 03-2617 5122/ 5000.
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih di atas jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah FIC IPM. Semoga terus maju jaya dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.
SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN
Sekalung Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FIC IPM
COMPANY LOCATION
FIC Integrated Property Management Sdn Bhd (Company Reg. No: 201601016192)
Level 2 & 6, Balai Felda
Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Malaysia
